#cakapJe

Assalamualaikum w.b.t..



Hai everyone *wave hand.


It just my 50cent thought about 'perempuan'. 

Gais, 
Macam yang korang tau, OKAY means they are NOT OKAY. haha. this one, kau buatlah macam mana pun. sampai ke sudah korang takleh nak faham yang perempuan ni betul-betul okay ke tak sebenarnya. Tapi, weiiiii. be alert aa sikit. Jangan jadi lurus tegak sangat. Bila dia kata dia okay, kau terus biar buat bodoh. No ! tanya lagi few times. kalau dia still jugak kata okay, kau ubah lah soalan tu sikit. Kalau dah lima kali dia dok kata okay tu, kau jangan tanya lagi dah. Biarkan je dia dulu. Satgi dia tengok kau macam takde effort nak tanya lagi, pandailah dia cerita. hahaha. 

Second, 
Perempuan ni mudah terasa bruh. Kau tengok dia macam sado, hati tough, selalu cool je kan. Ada masalah dia relax je tak gelabah. Jangan caye. Menipu je tu. orang perempuan ni tak suka orang nampak dia lembik, lemah dan sewaktu dengannya. Tapi trust me, dia lah selemah-lemah manusia. Selembut-lembut hati yang wujud dalam dunia ni. Benda kecik je sebenarnya. Kesan dia tu, sampai ke mati dia boleh ingat bro. Serious. so, tolong aa fikir dulu sebelum nak cakap apape. Kadang-kadang bagi korang memang takde benda apa pun. And maybe niat kau untuk kebaikan, tapi bro.. Once dia dah terasa. Untuk kebaikan ke untuk kepentingan ke, dia tak fikir dah. Dia dok fikir apa yang kau cakap tu je simpan dalam hati. Then again, dia mesti cakap dia okay. Confirm. Sekali dua maybe lah kot dia boleh control acah relax macam takde ape. Masuk empat lima enam tujuh kali, tawar bro. Masatu dia tak fikir apa dah. Apa yang kau cakap, dia tak boleh dengar dah. Yang dia tau, kau tak suka dia. Kau hanya nampak salah dia. Even dia try hard nak fikir positive pun masatu, still dia kalah dengan hati dia. Ishhh, rabak bro. Yelah, kalau kau pun berpuluh kali dok cakap benda sama je. 


Next, 
Appreciate. Perempuan ni suka sebenarnya bila dorang rasa korang hargai dorang. Aku bukan suruh kau pergi beli hadiah memahal, belanja makan apa semua. Takyah bazir duit. They just want to hear you say THANK YOU. susah sangat ke bro ? Tunjuk la sikit. Jangan lah semua kau nak tunggu lepas kahwin baru kau nak buat. Wei, silap hari bulan dia fikir yang kau ni tak perlukan dia. Kau ni tak sayang dia. Alahai bro, kau control semua nak tunjuk macho apa semua tapi end up dia rasa macam kau tak sayang dia buat apa, kan ? 

Plus,
Perempuan ni tak suka dibanding-bandingkan. Japp, aku rasa semua orang tak suka kena banding dengan orang lain kan ? macam mak kita dok cakap anak si anu tu lagi bagus dari kita blablabla. Haaaa, sama lah macam perempuan ni bro. Sekali je kau sebut nama satu perempuan dan kau bandingkan dengan dia.. Kau tengok sampai ke tua dia dok rasa rendah diri, sampai ke tua jugaklah dia akan ungkit benda tu. hahaha. lolzzz. Jangan bro. Jangan bandingkan 'wanita' kita dengan orang lain. nak dia jadi macam si polan ni. nak dia baik macam si polan tu. Si polan ni lagi cun. Perghhhh. Tak tido dia dok fikir bro. Masatu kau jangan salahkan dia pulak bila dia dok ungkit benda tu. Haaaa, kalaupun benda tu dia yang mulakan dulu. Kau jangan layankan pulak. Contoh dia kata, cantikkan Siti tu. Pastu kau pun lurus cakap ye. Tudiaaaa masuk perangkap. Sampai ke sudah hati dia dok berperang dengan Siti tu. hahaha. 




Aku tau perempuan ni complicated nak faham. Sebab aku pun selalu tak faham dengan diri sendiri. HAHAHA. Tapi be fair lah. Be gentle. Jangan asyik fikir perempuan ni leceh, kau je yang betul. Jangan asyik fikir kau je yang kena beralah. Kau tak tau macam mana dia try hard nak bagi everything nampak elok. Nampak okay. Kau tak tau effort dia taknak menyusahkan kau dengan benda benda remeh. weii, kalau dia layankan emosi dia, dia layankan perangai dia. Memang hari-hari boleh perang wei...Last, tolonglah sensitif sikit dengan perasaan perempuan ni bro. Dia mungkin nampak okay. tapi kau tak tau, hati dia dah hancur bro. And trust me, apa pun jadi lepas tu. Takkan lekat dah dalam hati dia.

Perempuan ni, bila dia dah biasa sangat terluka. Dia dah tak heran dah nak sedih apa semua. Dia jadi heartless. Independent. Kau boleh nampak tu semua bila dia dah macam tak cerita benda yang jadi kat kau. Dia tak carik kau bila dia susah. Dia tak share apa yang dia rasa dengan kau. Semua dia simpan sendiri. Dan selalunya, perempuan-perempuan macam ni, dia tak fikir dah benda benda kecik ni. Yang dia tau, dia cuma perlu survive untuk hari esok dan seterusnya. Thats all. 

p/s : aku share pendapat aku secara umum. Takda kaitan dengan siapa pun. Kalau ada, maybe kebetulan lah kot. BAII !

thanks for reading. jemput comment

HE's got your back.

Assalamualaikum w.b.t..





tak lah free sangat pun sekarang ni. banyak je kerja nak kena siapkan. tapi nanti jap aaa. ada benda nak share ni. kehkehkeh. pernah dengar tak orang kata, kalau kau buat baik kat orang or any kind of benda hidup, nanti mesti benda baik datang kat kau. pernah tak ? ke tak pernah ? 

haaa, nak cerita ni.
dulu dilla susah sikit nak percaya bila buat baik, nanti kita dapat balasan baik. dululah. zaman budak hingus main lap kat baju. sekarang tak dah. even kadang-kadang tu ada gak aa macam terfikir, "time kau susah aku tolong kau, sekarang masa aku susah batang hidung kau pun tak nampak". ada gak aa terfikir sekali dua sebulan. eh ? hahaha. tapi punyalah Allah tu nak tunjuk kat dilla kan. terang terang je bagi sekarang. 

dilla boros. sangat boros. tak boleh ada duit sikit mesti nak beli itu ini. takda saving langsung la orang kata. **perangai ni jangan tiru ea. bila orang ajak pergi makan, dilla kata okay japgi aku sampai. bila orang ajak window shopping, dilla shopping terus. padahal benda benda yang beli tu tak terpakai pun. saja menggatal nak beli. sebab ada duit kan. memang sikit pun tak teringat nak menyimpan lah. TAPI, even dilla boros. dilla tak pernah berkira. kadang-kadang bila keluar makan, dilla bayarkan sekali untuk kawan. kadang-kadang bila beli makan, dilla tak ambik baki duit dari makcik kedai. kadang-kadang bila kawan mengadu takda duit, dilla hulur duit dilla.. takde lah banyak mana pun. yang penting lepas dia buat makan. dan tak pernah harap pun dia bayar duit tu balik. tak, dilla bukan nak belagak macam orang kaya. bukan nak belagak. bukan nak riak. jauh sekali nak menunjuk. memang takda. sikit pun takda. ibu dah ajar dilla buat macam tu. ibu pesan jangan berkira. sebab dalam rezeki kita ada bahagian untuk yang lain jugak. 

and now, 
dilla perasan sangat. setiap kali dilla susah sikit. mesti ada je orang yg datang memudahkan everything. pernah sekali haritu, dilla memang takda duit dah. balance dalam acc masatu ada rm28.40 je. sebab dah bayar duit roadtax kereta. (padah tak menyimpan kan. padan aaa!) masatu ada lebih kurang seminggu je lagi before gaji. serabut gak aa. nak isi minyak kereta lagi. duit nak makan lagi. but idk why, dalam serabut tu dilla tak rasa susah pun. tiba-tiba seminggu tu makanan tak putus -putus datang kat dilla. parents student bagilah. mak Chien tapaukanlah. kawan tiba-tiba delivery makan lah. macam magic. dan masatu jugaklah tiba-tiba kawan bayar hutang. sir pun taknak tinggal tiba-tiba je bagi duit, dia kata duit minyak kereta sebab tolong ambik budak haritu. haaaaa. betul macam MAGIC kan ? ya Allah masatu punya rasa bersyukur sampai rasa nak menangis. padahal dorang semua tak tahu pun dilla takde duit. 

last week pun, 
dilla tak sihat. tekanan darah rendah. mende tahh kan. lembik sangat. 
masatu rasa macam nak buat apa pun acah larat je. at last, ambikkkkkk ! dua hari MC. sampai-sampai je sekolah mak Chien terus bagi satu herba cina. kebetulan ayah Chien baru balik dari China. so dia belikan herba tu dari sana. Ya Tuhannnn. macam terkunci mulut ni tau tak. then before balik, ada pulak parents yang hantar anggur lah. masakkan lauk daging lah. nasib I puasa time tu. kalau tak memang dah telan dah. haaha. REZEKI. memang tak terjangka. so malam tu ceritalah kat one of my friend. tau dia kata apa ?

"kau tak takut nak tolong orang. sebab tu masa kau susah dorang tolong kau. even kau tak bgtau. Allah ada wehhh"

masatu baru dilla betul-betul rasa. betullah, bila kita buat baik, mesti yang baik-baik tu datang kat kita balik. bila kita senangkan urusan orang, Allah mesti senangkan urusan kita. MESTI.. try aaa. mesti korang pun rasa benda sama. 


“(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui” (QS. Luqman: 16).

thanks for reading. jemput comment